Friday, June 22, 2012

Hari ke 5 mendiet

Hari ni kan wiken, so mendiet agak kelaut sikit. Eh! sikit apanya, banyakkkkk!
Makan je sampai nak muntah. Kelmarin beli roti, kerjanya dok ulang alik makan roti je lah. Lepas ni taknak dah lah.
Ni baru je habis buat exercise. Burn banyak hari ni sebab nak cover balik segala roti, nasi, kuaci dan sebagainya. kahhh. Mari update!

Breakfast :
  • 2 keping brown bread + natella
Lunch :
  • 3 biji mangga (Pitams tak?)
  • Nasi 1 setengah senduk
  • 1 ekor ikan kembung bakar
  • 2 biji telur puyuh sambal
  • kerabu tembikai sikit (ni adalah resepi emak, nama sebenar taktau.)
Snack :
  • kuaci
  • 5 keping roti + natella (aiyoh!)
Dinner :
  • 1 mug cosway tea
Exercise :
korean aerobic + Jillian shred 30 day - 1000 kcal

p/s : boleh cover ke tak exercise yang aku buat tu ek? :P penat hoi sampai 1000 kcal. selalu buat 600 kcal pun macam nak matik. Dinner tak makan apa2 sebab perut dah dipenuhi dengan roti-rotian petang tadik.



Thursday, June 21, 2012

Hari ke 4 mendiet

Mendiet yang tak berapa menjadi sangat. Update meh!

Breakfast :
  • 100ml mango jus (bila nak habis hoi.)
Lunch :
  • Chicken espetada ( Nandos) 
  • kentang goreng
  • Roti separuh
Snack :
  • Kuaci 2bungkus besar!
  • 2 biji mangga
  • air kelapa sikit
  • ferraro 3pcs. Pfftttt.
Dinner :
  • 1 sudu nasi + kuah masak lemak cili padi
  • 1 ketul ayam masak lemak cili padi
  • 3 ketul ayam sos bermadu grill (versi saye)
  • 1 mug cosway tea
Exercise :
korean aerobic - 400 kcal

Wednesday, June 20, 2012

Hari ke 3 berjaya mendietkan diri

Semalam punya menu tak sempat nak update. Busy sangat mengalahkan orang bekerjaya.
Senam pun tak buat banyak sangat. Ringan-ringan je.

Update terus semalam punya menulah ye. (20-06-2012)

Breakfast :
  • 100ml mango jus
  • 1 senduk nasi goreng kampung
Lunch :
  • 2 ketul besar dada ayam berempah grill
  • 2 cup bayam ala india.  
Snack :
  • Ayam masak kicap 2 ketul (kawan masakkan)
  • kacang peas hijau (banyak jugak sebab makan sampai penat.kehkeh)
Dinner :
  • 2 keping roti + natella
  • 1 sendu nasi + kuah masak lemak cili padi ( kuah saja)
  • kacang peas hijau lagi!
Malam makan agak bayak. Nasi tu adalah termakan sebabnya tengah buat masak lemak. Tak tau bajet pedas ke tak, so pakai nasi la test. kehkeh. Tapi perlulah sampai 1 senduk? pffffttt

Exercise :
kayuh basikal statik tu - 200kcal

Tuesday, June 19, 2012

Hari kedua diet apa sajalah.

Baru lepas senam-senam. Rasa nak menangis je sebab penat. Tapi lepas siap senam semua rasa seronokkkk sangat. Jadi bertabahlah saya.
Hari ni, hari kedua mendiet. Tapi takda la bersungguh sangat dietnya. Aku makan spageti dengan itik singapore style tadi. Tapi dah burn kot lepas bersenam. :P

Berat akan update seminggu sekali je lah, sebab dah tak buat atkins ni kan. Memang takkan turun banyaklah. Sekarang memang nak concentrate untuk turunkan lemak je. Teruk sangat dah lemak ni bergelimpangan kat badan. 41 % tahu!
Inci pun tak ukur lagi. Esok je lah.

Update hari ni,

Breakfast :
  • 100ml mango jus
Lunch :
  • 6 ekor sotong goreng kunyit (pakai 1 sudu minyak je)
  • setengah batang timun
Snack :
  • 1 pinggan spagetti (snack makan spagetti uols.. pfftt)
  • kunyah kekacang sikit
Dinner :
  • setengah ekor itik! lupa namanya hoi. Banyak hoiiii..
Exercise :
Korean aerobic - 300
Jillian Shred 30 day - 300kcal
Total : 600 kcal burn. Masalahnya boleh ke burn setengah ekor itik tu? pfftttt.

Monday, June 18, 2012

Aiyohhh..

Yeay! Berat kembali kepada 76kg. Pfftttt...
Baru buat atkins 6 hari, aku adalah kantoi. Susahlah..Benci dietttttttttt sangat. Tapi kena diet jugak!
Sebabnya period tak datang lagi ni. Sepatutnya awal bulan sudah menjelma, disebabkan berat sudah bermaharajalela saya adalah tidak period. Ish

Target dah berubah, taknak kurus cuma nak hilangkan perut dan peha sajek. Boleh?
huhu. Nak bagi badan fit je lah ni.
Ada baca kat KDO (kelab diet online) yang beratnya adalah 84kg tapi fat 32%. Aku ni berat 76 ke 75kg fat adalah 41%. Pfftttt.. Banyak nau lemak!

So start hari ni, berapa banyak kali nak start pun taktaulah. Kehkehkeh
Aku nak cuba exercise secara berterusan. Diet pun baru je start today. Tapi tak buat atkins dah.
Buat low carb sajok. Cuba untuk makan secara sihat je lah ni.

Kita tengoklah setakat mana keazaman aku. Bila ingat balik diet bagai nak rak sampai 66kg dah pun n now kembali 76kg aku adalah sawannnnnnnn.. Pastu rasa nak nangis ok! Dah malas nak ingat.

Update harini,

Breakfast :
  • 2 ketul burger ayam (daging saja) - 5 carb
Lunch :
  • 200g tauhu organik goreng berempah - 5 carb
  • 2 biji telur dadar disirami sedikit kari sardin
Snack :
  • kekacang setengah cup
Dinner :
  • 1mangkuk singapore kari laksa (300 kcal, carb taktau.)
  • 1 mug cosway tea
Supper :
  • setengah gelas mango jus.
Exercise :
petang - cross trainer ( 100 kcal)
malam - korean aerobic + jillian shred sikit ( 600 kcal)

Rasa macam nak mati bila senam, tapi tabahkan jugak.Lepas siap semua rasa best sangat. Tidur mesti nyenyak nih. Oh, juga rasa sangat best sebab boleh makan buah-buah. Aku hantam je ni menunya, rasa macam nak buat low carb, kang tetiba macam low calori. Lantaklah macam mana pun kan janji nampak macam sihat tu kira ok lah. Kehkeh. Malas nak stress la pasal diet ni, sebab bila stress aku akan makan banyak and tak diet berbulan-bulan. Hasilnya adalah berat naik balikkkkkk.. So mari buat slow2.


Sunday, June 3, 2012

Resepi Coleslaw

Paling senang nak buat. Sedap tidak terperi. Ditekak aku lah kan. :P

 
Bahan-bahannya :
  1. 150g kobis
  2. 30g carrot
  3. 30g bawang besar
  4. 2 sudu besar mayonis (aku pakai kraf. carb sikit je. 0.4g je. Tak pastilah kraf malaysia berapa carb. Yang ni from UAE)

  1. Cara membuat :
  2. potong semua kecil-kecil macam coleslaw kfc tu.
  3. campur semua dan gaul.
  4. tambah garam secubit kalau perlu. Bergantung pada mayonis tulah.
  5. Kalau nak manis taruk sweetener. Aku guna splenda. Tapi untuk coleslaw ni tak taruk pun. Tak suka manis.
Boleh dimakan dua kali ye resepi ni. Kalau makan sekali zasss, taktaulah kalau carb terlebih ke apa ek. Nanti aku kira and update balik. :)

Resepi Ayam Goreng Berempah


Main masuk je apa-apa yang ada kat dapur tu. :P

Bahan-bahannya :
  1. Ayam - bahagian yang disukai
  2. ketumbar - kisar
  3. rempah kari
  4. kunyit
  5. serbuk cili
  6. garam
Cara membuat :
  • gaul je semua dengan ayam. Perap kejab je pastu goreng.
selamat berdiet sambil makan sedap uols.