Wednesday, May 30, 2012

Atkins Phase 1 Day 4

Dah 4 hari induction. Berat hari ni 72.8kg.
Pagi tadi tengah nak buat sarapan, kawan call ajak ke care4. So tak sempat nak sarapan cuma minum unsweet siya je. Multivitamin + calsium pil pun tak sempat makan.
Lunch makan menu kelmarin. Elok lagi dalam peti tu, sayang nak buangkan. So habiskan. Kehkeh

Ok update menu untuk hari ni.

Breakfast :
  • 1 mug unsweet soya organik (0.4 carb)
Lunch :
  • 2 setengah cup taugeh tumis taruk telur (kempunan taugeh. So makan pun pentamak)
  • 3 ketul ayam masak lemak cili api lagi! Ok last.
Dinner :
  • 3 ekor chilli crab versi aku :p
  • 1 mug cosway tea.
  • sayur tak makan sebab malas nak masak. Tak bagus!
Air susah nak minum sampai 3 liter kalau keluar berpoya-poya. Kalau duduk kat rumah je boleh. So today air cuma 2 liter saja.
Exercise : nanti update sebab belum buat lagi ni.

Tuesday, May 29, 2012

Atkins Phase 1 Day 3

Hari ketiga induction dengan jayanya. Pagi tadi timbang berat adalah 73.5kg.Yeay. 
Takda kantoi apa cuma macam kurang makan je.
Tadi goreng ikan talapia untuk dinner tapi tak boleh nak makan sebab ikan talapia kan macam ada bau-bau sikit. Ratah macam tu je memang tak sesuai. So makan sebelah je. Esok nak kena ejas buat sambal ke apa. :)

Mari mentengok update hari ni.
Breakfast :
  • 1 mug unsweet soya organik. (0.4carb sahaja.) - Tak sempat nak breakfast betul-betul sebab keluar awal pergi menghabiskan duit suami.
  • Multivitamin + calsium pil
Lunch :
  • 6 ketul ayam masak lemak cili api.
  • 1 mug besar teh ais. (guna splenda gantikan gula) 
  • Sayur tak sempat nak masak sebab dah lapar sangat. Kehkeh
Dinner :
  • Ikan talapia goreng sebelah kecik je.
  • 1 cup bakcoy tumis taruk telur
  • 1 mug cosway tea
Air hari ni minum sikit je. 1liter kot. Ke tak sampai pun. Sobs
Exercise : Korean Aerobic. Calorie burn 300.

    Monday, May 28, 2012

    Atkins Phase 1 Day 2

    Hari ni, hari kedua buat induction. Pagi tadi timbang berat adalah 74.5kg.

    Ok update terus lah ye,

    Breakfast :
    • 3 ketul ayam masak lada hitam
    • multivitamin
    • calsium pil
    Lunch :
    • 6 ketul ayam masak lada hitam
    • 2 cup bayam kelapa tumis. (terlebih kelapa. Mesti tinggi carb)
    Dinner :
    • 6 ketul masak lemak cili api.
    • 1 mug cosway tea
    Dinner tak ambil sayur sebab lunch tadi macam dah terlebih carb dekat sayur. Nak cover baliklah kononnya. :P

    Air hari ni 2 1/2 liter.
    Exercise belum buat lagi. Nanti update lagi lah kalau berjaya buat exercise today. Kehkeh



    Sunday, May 27, 2012

    Ayam Masak Lada Hitam

    Buat atkins macam-macam masakan boleh makan. Lagi elok kalau boleh masak sendiri kan. Sebab kita tau apa yang kita masukkan dalam masakn tu.
    Ni resepi dari emak aku. Tekak aku rasa sedap, taktau la tekak korang. :P

    Bahannya :
    1. 1 ekor ayam - potong lah macam mana pun
    2. 1 biji bawang besar
    3. 3 biji bawang putih
    4. lada hitam - tumbuk or pakai serbuk lada hitam
    5. Halia sebesar ibu jari 
    Cara buat :
    • Ayam taruk garam dan kunyit pastu goreng. Goreng jangan garing, janji masak je. Angkat dan letak tepi dulu.
    • Tumis bawang putih dan halia. Tumis guna minyak goreng ayam tu. Sikit je. Jangan semua puleks.
    • Bila dah layu, masuk bawang besar pulak. Bawang besar takyah layu sangat.
    • Terus masuk ayam goreng tadi dan masukkan air sikit. Ikut suka lah nak banyak mana kuah.
    • Lepas tu masukkan lada hitam dan bahan perasa. Garam takpayah pun takpa, sebabnya ayam tu dah letak garam tadikan.
    • Bila dah ok semua boleh makan. Yeay.
    p/s : dah kata diet kan, takyah makan kuahnya sangatlah. Makan ayam je. Aku selalu makan 6 ketul untuk lunch or dinner. :)

    Bayam Tumis Versi India

    Nama sebenar bayam tumis ni aku taktau. Nanti dah dapat namanya aku update ye. Ni resepi dari kawan.
    Masak main campak-campak je.

    Bahannya:
    1. bayam (agak-agak je ye, sebab bila masak jadi dalam 2cup gitu)
    2. 3-4 sudu besar kelapa (aku pakai kelapa kering je)
    3. 3-4 biji bawang merah
    4. 5 biji cili padi hijau
    Cara buat:
    • Bayam tu dihiris ke diracik kecik-kecik.
    • Bawang merah and cili padi potong kecik dan tumis macam biasa lah. Pakai minyak sikit je.
    • Lepas tu masukkan bayam, biar layu sikit.
    • Masukkan pulak kelapa. Garam aji semua masuklah.
    • Ok siap!

    Atkins Induction Day 1.

    Hari ni 1st day buat atkins phase 1.
    Akan buat induction dalam sebulan. Rasanyalah. :P

    Pagi tadi timbang berat adalah 75.3kg.
    Update menu je lah terus. Taktau nak membebel apa lagi.

    Breakfast :
    • 1 ekor puyuh goreng
    • 1 biji telur mata lembu
    • multivitamin
    • calsium pil
    Snack 10am :
    • Takda sebab keluar berpoya-poya bersama rakan taulan
    Lunch :
    • 1 ekor besar ikan kerapu goreng
    • 2 cup bayam tumis versi india. (sebenarnya taktau nama apa sayur bayam ni. sedap! Resepi cari kat labels ye.)
    Snack 5pm :
    • 1 ketul ayam goreng 
    Dinner :
    • 6 ketul ayam masak lada hitam
    • 1 mug cosway tea 
    Air hari ni 2liter je.
    Exercise : Korean aerobic pukul 3pm. 230 kalori je burn. Semputs. Kehkeh


    Saturday, May 26, 2012

    Kata-kata Aluan Seorang Almari 4Pintu

    Esok InsyaAllah akan cuba berdiet.
    Lepas esok-esok. Bila dikira-kira dah 5bulan pun tak jadi jugak mendiet.
    Berat semakin bertambah.
    Rugi ok 13kg turun.
    Sekarang ni dah naik hampir 9kg. Sobs.
    Aku ada lebih kurang 2bulan setengah je untuk turunkan berat.
    Target nak turunkan dalam 10kg.

    Sekarang berat 76kg. Ok sebelum ni adalah 67kg.
    Tapi sebelum 67kg berat adalah 80kg.
    Lepas tu aku diet dengan gigih lebih kurang 3bulan kot, dapatlah 67kg.
    Awal tahun (january) stop diet sekejab, ingat lepas seminggu nak sambung balik. Sampailah la ni.

    Sebelum raya mesti kena 67kg balik. Tapi peluang macam nipis je kan.
    Takpa kita cuba ye.

    So kita tengok esok macam mana ye.

    p/s : Blog ni khas untuk diet aku si almari 4pintu je. :P Mula-mula ingat nak private, nak buat macam diari diet untuk panduan sendiri. Tapi bila mengenangkan sape je pun nak baca blog aku ni hoi nak private2 segala, so tak payah lah. Kalau ada sesiapa jumpa dan rasa nak jadikan panduan (pitams) marilah.
    Oh aku juga ada blog lain sebenarnya. Malas nak update pasal diet-diet kat sana. Ni nasiblah kalau kawan-kawan blog aku jumpa. Kehkeh.